Friday, February 4, 2011

Seronok2::SABAH AGRICULTURE PARK,TENOM

Assalamualaikum.. wah.. cuti seminggu la...Gong Xi Fa Cai!! hehe..balik?? oh. muka sya ni muka balik ke? tidak lagi..huhu.yelah, sya kan study jauh di seberang laut ni,susah la nak balik.Mana tak nye, sekali balik mau dua tiga ratus tiket flight. Jadi, sya isilah cuti dengan melawat tempat2 menarik di sabah ni. Kali ni ada rezeki ikut program anjuran kelab surau,jadi jejaklah kaki ini di SABAH AGRICULTURE PARK,TENOM. walaupun ada sahaja assignment yang masih belum siap,tapi.. biasalah. ikut kata hati...
"kalau tak join sekarang,bila lagi nak sampai ni... hehe "
kat mana tenom ni ek? jauh tak? itulah persoalan pertama sya. Almaklumlah, bukan asal sya sabah ni, lupa pulak nak search di google map dlu.sya ingat tidaklah begitu jauh.mula bertolak jam 9 pagi,akhirnya sampai pukul 3 petang. Lenguh seluruh badan ni.Biasalah,bentuk muka bumi sabah ni byk berbukit dan sangat scary. baru nak tido, gegar sana gegar sini. bukak mata,kanan bukit, kiri gaung. aishhh. cuak jugak dibuatnya.Alhamdulillah pemandu bas UMS ni cekap2 belaka. hehe
dalam perjalanan..siap lalu banjaran crocker weh. uish.pengalaman..

setelah sampai,kami diberi taklimat tentang taman ini dan check in penginapan.Bagus tempat ni..memang sesuai la tempat ni untuk program. ada disediakan chalet dan asrama untuk pelancong berkunjung di sini.Pada awalnya berfikir,kenapa taman pun perlu disediakan penginapan?Oh, rupanya kawasan taman ni 500 hektar keluasannya. mana sempat nak jelajah satu hari! 

Petang itu, kami difahamkan oleh pengarah program, aktiviti bebas.. haiiii...apalagi? mulalah bersiar siar! hehe


Pejabat pentadbiran 

First stop:Laman Bunga Kertas(Bougainvillea court)








second stop: Tasik Teratai


First time tgk teratai besar cmni!!

3rd stop:Taman Haiwan


kambing ni sangat manja. suka dibelai.damn,i miss u!


ostrich ni tgh terlekat sumthing.tu yang nganga2 tu

Sangat banyak perkara yang menarik di taman ni.cuma cuma.. aishh. sya takde kamera DSLR la. gambar pun biasa2 je ni. tulahh. org dah cakap nak jadi blogger kena ada kamera canggih. takpela, baru beginner. slow2 der! hehe....

Selain dari tempat2 diatas, banyak lagi . antaranya.. taman anak sungai,taman tepi tasik, taman evolusi,model2 taman.... SANGAT BEST LAH! kalo cakap pasal negeri sabah, mmg inilah "makanan" mereka. alam semulajadi nya mmg tiada tandingan... tak rugi weh!! 

haaa... ada peminat orkid? di sini juga ada ditanam 300 jenis orkid tau... tapi waktu ni, hanya beberapa je yang berbunga. bukan musim bah! huhu... bukan tu je, ada lagi satu taman orkid namanyer Taman Orkid Hybrid.macam2 kaler orkid la yang muncul.lawa. sangat!tapi tapi.. x banyak gambar jugak. damn Nikon-4600( memory card kecik). huhu.

hybrid ungu
Laen2.. ada jugak kami pergi lawat2 kebun buah buahan,(tapi bukan musim,tak dapat makan free!huu),taman tumbuhan herba,taman eksotik (tak pasti nama btol tak) dan macam2 lagi.. banyak la nama-nama tumbuhan yang baru pertama kali sya kenal.untuk student study course berkaitan plants,this is very good place for you to observe!

banyak aktiviti yang boleh dilakukan kat sini,tanah luas,asrama ada, chalet ada.Murah pulak tu!facilities ok.malam itu kami berbbq lagi di luar chalet.masih terasa ayam bbq ni kat tekak.hehee....Taman Luas sangat?tak larat jalan? ada perkhidmatan sewa basikal jugak.kalo malas nak kayuh. keretapi pn ada, bawak pusing2 satu taman. Apa lagi nak?? hehee...



seronok..letih jugak explore satu taman ni,walaupun berbasikal.tiba2 rasa muhasabah diri. betapa besarnya dan indahnya ciptaan ALLAH.kita ni sangat lah kerdil. bayangkanlah. dalam beratus-ratus jenis tumbuhan yang kita kenal dan tau,ada beribu lagi mungkin yang kita masih tak tahu wujudnya...... SUBHANALLAH!

sempat juga kami solat hajat bersama-sama,berjemaah bersama dan baca al-mathurat beramai2 kerana begitu bersyukur dengan nikmat yang ALLAH limpahkan kepada kami.Alhamdulillah...

sangat2 berterima kasih kepada ajk surau Nur Eman @E yang menganjurkan trip ini.kalo tak tak sampai la sya kot...love u all room 11th! :)

ahli bilik paling meriah kot kat sana.hehe

p/s: cerita ringkas sbb penat lagi.hati membuak-buak nak tulis bebanyak namun terasa pening kepala.bas lag kot.. :P
p/s 2: syukur selamat pergi dan selamat sampai













2 comments:

  1. err. x tahu pulak apa nama pokok tu. tapi salah satu pokok bunga kertas..besar2 pokok kat sana... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...